Monday, July 20, 2026

Lelaki didenda RM30,000 import kuda laut kering tanpa permit

Mesti Baca

SEORANG lelaki tempatan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas kesalahn mengimport 7,529 ekor kuda laut kering seberat 20,374 gram tanpa permit sah hampir dua tahun lalu.

Tertuduh tiba dari China ditahan di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 30 November 2023 oleh Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Pemeriksaan terhadap bagasi tertuduh mendapati dua buah bagasi hijau dan sebuah kotak coklat mengandungi kuda laut kering, yang merupakan spesies dilindungi, tanpa sebarang dokumen import sah.

Kes ini kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk tindakan lanjut kerana kuda laut adalah hidupan akuatik yang dilindungi di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. 

Hasil siasatan yang dijalankan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang mengimport atau mengeksport spesies terjadual tanpa permit.

Jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM38,000 dan hasil pemeriksaan yang dijalankan juga mengesahkan bahawa rampasan tersebut terdiri daripada kuda laut kering (Genus Hippocampus), manakala unduk-unduk kering daripada genus Corythoichtys dan Syngnathoides

Kesemua spesies kuda laut (Hippocampus spp.) disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta 686, yang mewajibkan permit sah untuk sebarang aktiviti import atau eksport.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad  Othman dan setelah tertuduh mengaku bersalah, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.  – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan