Monday, July 20, 2026

Presiden Macron puji usaha promosi budaya Sino-Perancis 

Mesti Baca

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron memuji usaha Pengasas K11, Dr Adrian Cheng dalam mempromosinan pertukaran kebudayaan Sino-Perancis.

Pengiktirafan itu diterima Cheng, yang memperkenalkan konsep jenama unik perdagangan budaya dan mengekalkan ekosistem yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat di Istana Élysée, Paris baru-baru ini.

Semasa pertemuan itu, Macron turut memuji penubuhan Yayasan Seni K11 (KAF) oleh Cheng, yang telah menjalin kerjasama mendalam dengan institusi kebudayaan terkemuka negara itu.

Ini termasuk Centre Pompidou dan École Nationale Supérieure des Beaux-Arts di Paris serta membina jambatan untuk artis dan organisasi kebudayaan antara China dan Perancis.

Presiden Macron turut menyatakan kesediaan beliau untuk memperuntukkan lebih banyak sumber bagi pertukaran budaya serta bekerjasama dengan Cheng untuk mempromosikan penyebaran seni dan budaya global.

Cheng berkata, beliau mendapat penghormatan bertemu Presiden Macron dan Kabinetnya minggu lalu.

Kedua-dua mereka terlibat dalam perbincangan yang memberi inspirasi tentang peranan pertukaran budaya sebagai jambatan penting yang menghubungkan Timur dan Barat. 

“Perbualan yang bermakna ini meletakkan asas untuk kerjasama inovatif merentas industri budaya global merangkumi seni, reka bentuk, warisan, animasi, sukan, dan juga eSukan.

“Selain membuka peluang pasaran yang besar bernilai lebih USD3 trilion dan memupuk pertumbuhan bersama bagi kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Semasa pertemuan itu, Cheng berkongsi aspirasinya untuk menggunakan platform K11 dan sokongan KAF untuk memupuk pameran seni bersama, projek seni awam, dan pertukaran artis belia, meningkatkan integrasi budaya antara China dan Perancis. 

Cheng juga menekankan peranan KAF dalam membantu artis muda memasuki pentas global dan mempromosikan pertukaran budaya.

“Saya amat percaya bahawa bersama-sama, kita boleh mempromosikan landskap industri budaya yang baharu, inklusif dan berkembang maju, memperkasa daya tarikan budaya untuk bersinar di setiap sudut dunia,” katanya. 

Related posts:

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan