27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Makmal dadah RM8 juta dibongkar, warga Hong Kong ditahan

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah berbahaya serta membongkar makmal dadah haram di sekitar Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, hasil beberapa serbuan yang dijalankan, pihaknya berjaya menahan seorang suspek warganegara Hong Kong yang dipercayai menjadi ‘tukang masak dadah.’

Beliau berkata, selain menahan lelaki berusia 27 tahun yang juga  memiliki pasport negara British, polis juga berjaya merampas cecair disyaki dadah jenis kokain seberat 2.57 liter dan satu ketulan disyaki dadah jenis kokain seberat 2.19 kilogram (kg).

Menurutnya, rentetan tangkapan tersebut, pihak JSJN telah membuat pemeriksaan di sebuah premis dan merampas bahan kimia diantaranya jenis Denatured Ethyl Alcohol, Methybenzene, Hydrogen Peroxide Aqueous Solution, Bossman Mosaic Fluid dan pelbagai lagi bahan kimia seberat 3,517.25 liter.

Katanya, turut dirampas 104.9 kg dalam bentuk cecair dan serbuk serta peralatan-peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis Kokain. 

Khaw Kok Chin menunjukkan antara bahan kimia yang dirampas dari makmal memproses dadah.

“Pemerikaaan lanjut di sebuah rumah, pihak JSJN berjaya merampas 1.0 liter dan 3.2 kilogram bahan-bahan kimia disyaki digunakan untuk memproses dadah.

Advertisements

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 2.2 kg dan 2.6 liter disyaki dadah kokain manakala sejumlah 108.15 kilogram dan 3,518.25 liter bahan kimia. 

“Nilai keseluruhan dadah dan bahan kimia yang dirampas adalah sebanyak RM8 juta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kok Chin menegaskan, jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 192,000 penagih dadah jika ia berjaya diedarkan ke pasaran. 

Sindiket tersebut, katanya, dipercayai mula aktif sejak awal Disember tahun lalu. 

Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan