27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Lima beregu melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India

Mesti Baca

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India apabila menundukkan lawan masing-masing di suku akhir dengan straight set.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang bagi wakil Malaysia di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi dengan menewaskan beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-16, 21-17 dalam masa 43 minit.

Dalam aksi separuh akhir esok, pasangan negara itu akan berdepan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue yang pernah tiga kali ditewaskan mereka dalam empat pertemuan sebelum ini.

Kemudian giliran Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menyingkirkan beregu Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang 21-11, 21-15 sekali gus menjarakkan kemenangan 5-0 ke atas beregu di ranking kesembilan dunia itu.

Bagaimanapun cabaran menanti pasangan ini lebih getir apabila beregu kedua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menanti mereka di separuh akhir.

Untuk rekod, daripada tujuh pertemuan sebelum ini, Sooh Huat-Shevon hanya menang sekali ke atas beregu China ini iaitu pada Terbuka China tahun lalu di peringkat separuh akhir.

Pearly Tan-M.Thinaah yang tersingkir seawal pusingan pertama dalam Terbuka Malaysia, aksi pembuka tirai 2025 minggu lalu turut menang bergaya ke atas lawan mereka dari Jepun.

Advertisements

Beregu negara itu begitupun dicabar hebat oleh Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang menghuni tangga 57 dunia sebelum menang 21-18, 21-19.

Esok, Pearlu-Thinaah akan bertemu beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong untuk mencari slot ke pentas akhir kejohanan Siri Super 750 itu.

Sementara itu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei juga tidak menghadapi masalah ketika berdepan lawan masing-masing untuk mengiringi ke separuy akhir.

Aaron-Woo Yik menundukkan beregu Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-18, 21-18 manakala Nur Izzuddin-Sze Fei pula menyingkirkan pasangan adik-beradik dari Taiwan, Fang-Chih Lee-Fang-Jen Lee.

Nur Izzuddin-Sze Fei yang kini menjadi beregu lelaki nombor 1 negara menewaskan pasangan Taiwan itu 21-11, 21-17.

Di peringkat separuh akhir, Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae manakala Nur Izzuddin-Sze Fei dicabar beregu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Perlawanan bermula 2.30 petang waktu Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan