SERAMAI 93,625 pelajar telah menduduki Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk mengisi 8,909 tempat bagi pengambilan Tingkatan Satu dan Empat tahun ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, seramai 21,994 calon lulus minimum dengan 10.34 peratus mencapai merit yang tinggi.
“Yang ditawarkan tempat ke MRSM hanya seramai 8,909 orang iaitu 7,229 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan 1,680 untuk Tingkatan Empat,” katanya hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tawaran akan diberjman mengikut kekosongan selepas empat kali semakan dibuat.
Katanya, mana-mana calon yang tidak mendapat tawaran sehingga 11 April 2025 dianggap tidak berjaya.
Beliau berkata, calon yang berjaya akan lapor diri ke MRSM pada 19 Februari 2025 iaitu hari ketiga selepas sesi persekolahan bermula.
Asyraf Wajdi menegaskan 60 peratus pengambilan pelajar adalah dari keluarga yang miskin, luar bandar dan berpendapatan rendah serta lulus cemerlang UKKM. – Edisi 9

