23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Sumitha dilantik Pengarah Urusan Robb Report Thailand

Mesti Baca

ROBB Report Thailand mengumumkan pelantikan Sumitha Soorian sebagai Pengarah Urusan untuk Phuket yang baharu.

Berikutan pelantikan itu Sumitha akan bekerja bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Matthew T. Nekvapil dan Pengarah Pemasaran, Dr. Chanida Charuchinda, pihak berkuasa terkemuka dalam sektor industri permata dan barang kemas mewah global manakala Dr. Chanida mengetuai pembangunan perkongsian strategik dengan beberapa jenama elit di seluruh dunia.

Sebagai pengarah pengurusan untuk Phuket, Sumitha akan mengemudi hala tuju strategik Robb Report Thailand, pembangunan perniagaan, penciptaan kandungan, mengukuhkan lagi reputasi penerbitan sebagai peneraju dalam sektor mewah.

Memiliki lebih 20 tahun kepakaran dalam pemasaran dan pembangunan perniagaan, khususnya dalam sektor hospitaliti dan hartanah mewah, Sumitha membawa pengetahuan tempatan dan wawasan industri yang tiada tandingan kepada peranan berprestij ini.

Advertisements

Robb Report dalam kenyataannya berkata, kemasukan Sumitha akan mengukuhkan pasukan kepimpinan sementara pengalaman praktikalnya dengan pasaran mewah Phuket akan membantu memperkaya liputan syarikat di pulau itu.

Sumitha ketika ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial di The Headland, Phuket, sebuah pembangunan hartanah berjenama pinggir laut yang mewah di semenanjung Cape Yamu yang eksklusif di Phuket.

Beliau juga memiliki dan mengendalikan pemasaran Mrs B Bar & Table, permata kulinari di kawasan Laguna yang mewah di Cherngtalay.

Sebagai ahli pengasas Persatuan Hotel Phuket, Sumitha memainkan peranan penting dalam penubuhannya sebagai Pengarah Pembangunan pada 2016, membentuk strateginya dan mengembangkan keahliannya kepada 100 hotel.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan