30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Yayasan CVSKL berjaya kumpul RM45,000 menerusi larian amal

Mesti Baca

YAYASAN Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) berjaya mengumpul sebanyak RM45,000 menerusi larian amal yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Larian amal yang julung kali diadakan oleh CVSKL dan Yayasan CVSKL itu berjaya menarik lebih 1,700 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pakar Perunding Kardiologi dan Pemegang Amanah CVSKL, Datuk Dr Rosli berkata, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit kardiovaskular serta menyokong Yayasan CVSKL.

Beliau berkata, salah satu daripada empat tunggak yang menjadikan CVSKL sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan ialah komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CR) dan usaha mereka menyumbang semula kepada masyarakat. 

“Acara ini sangat istimewa kerana bulan November ini menandakan ulang tahun kami yang ketujuh, dan ia merupakan cara yang terbaik untuk meraikan kesihatan dan menyokong tujuan yang mulia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Larian amal itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr Radzi Jidin. Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CVSKL, Datuk Azzat Kamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CVSKL, Raymond Wong.

Advertisements

Dr Rosli berkata, Yayasan CVSKL ditubuhkan pada 2022 bagi menyokong pendidikan dan program kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular.

Selain itu, yayasan itu juga menjalankan penyelidikan dan memanjangkan sokongan kewangan kepada individu yang kurang bernasib baik yang mengalami masalah kardiovaskular. 

Katanya, para doktor dari CVSKL telah menyumbang RM1 juta pertama kepada yayasan tersebut bagi memulakan usaha pengumpulan dana. 

Raymond berkata, sejak ditubuhkan yayasan tersebut telah membantu lebih 27 individu.

“Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang murah hati daripada CVSKL. Setiap ringgit yang disumbangkan akan digunakan untuk membantu pesakit yang memerlukan. 

“Kami berharap acara ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai misi kami dalam pengumpulan dana ini demi menyokong usaha kami,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia cadang bawa inisiatif JELITA ke peringkat ASEAN – Zahid

MALAYSIA bercadang untuk membawa insiatif Pemerkasaan Pekerjaan melalui Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA) ke peringkat ASEAN bagi merapatkan...

Lagi Artikel Berkaitan