30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Malbatt 850-12 turut disertai anggota Angkatan Bersenjata Brunei

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PASUKAN Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang dihantar ke Lubnan secara berperingkat mulai hari ini bagi menggantikan Malbatt 850-11 turut disertai pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Brunei Darussalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kumpulan pertama batalion itu dianggotai 854 anggota termasuk tiga pegawai dan 27 anggota pertahanan negara jiran itu.

Beliau berkata, keputusan pertukaran pasukan tersebut dilakukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) setelah mengambil kira dengan teliti semua faktor dan situasi.

“Semua negara yang terlibat telah mendapat arahan untuk pertukaran ini,” katanya menerusi Facebook beliau selepas Majlis Penghantaran Pertama Pasukan Malbatt 850-12 di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Malaysia merupakan antara negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghantar pasukan pengaman di Lubnan. 

Kumpulan pertama Malbatt 850-12 yang berlepas ke Lubnan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penghantaran kali ke-12 oleh Malaysia itu mencerminkan kedudukan negara yang komited terhadap keamanan sejagat.

Advertisements

Kata beliau, pada masa yang sama ia dapat membina reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang konsisten dalam diplomasi dan penyelesaian konflik secara aman.

Mohamed Khaled berkata, pasukan tersebut telah melalui latihan bagi memastikan kesiagaan mereka dan dianggap siap untuk sebarang misi.

“MINDEF melalui ATM akan sentiasa berhubung dengan pihak UNIFIL untuk memantau secara dekat berkenaan situasi di sana,” katanya.

Situasi di Lubnan pada ketika ini tidak menentu susulan beberapa siri serangan oleh tentera Zionis Israel ke atas negara itu sebab lebih sebulan lalu.

Malahan ibu pejabat UNIFIL di selatan Lubnan turut menjadi sasaran tentera rejim tersebut menyebabkan berlaku kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan