Wednesday, July 22, 2026

Mara ke separuh akhir Olimpik: Pearly-Thinaah dicurahi ucapan

Mesti Baca

UCAPAN tahniah datang mencurah kepada pasangan badminton beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah setelah mencipta sejarah layak ke separuh akhir temasya Olimpik 2024 di Paris, Perancis hari ini.

Ucapan tersebut bukan hanya datang daripada seluruh rakyat Malaysia tetapi juga para pemimpin negara yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada atlet negara yang bertanding di temasya tersebut.

Pearly-Thinaah mengukir sejarah setelah menjadi beregu wanita pertama negara yang layak ke peringkat separuh akhir badminton Olimpik, sekali gus berpeluang untuk meraih pingat.

Pasangan tersebut yang sebelum ini berada dalam ‘kumpulan maut’ berjaya menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong di peringkat suku akhir 21-10, 21-13.

Berikut antara petikan ucapan para pemimpin negara kepada pasangan Pearly-Thinaah:

“Alhamdulillah, tahniah buat dua pejuang hebat cetus sejarah menjadi beregu wanita Malaysia pertama layak ke separuh akhir di Olimpik. Kekal tenang serta fokus dan semoga beroleh kejayaan!,” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Siapa yang tengok tadi dapat lihat Pearly mengalami kecederaan, semangat juang beliau telah membuktikan bahawa beliau dan Thinaah berupaya menamatkan perlawanan dengan cemerlang.

“Anda memberikan kami petang ini tangisan kegembiraan, PearThin. Kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong perjuangan kalian! – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

“Moga terus mara ke pusingan seterusnya serta membawa pulang pingat untuk negara. Kepada semua Team MAS teruskan perjuangan. Kami semua bersama anda.” – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

“Semoga Pearly dan Thinaah dapat terus mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan separuh akhir nanti. Doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersama kalian!.” – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan