27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Bersatu kemuka nama calon DUN Nenggiri minggu depan

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan akan mengemukakan senarai nama calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kepada pimpinan tertinggi parti selewat-lewatnya minggu depan.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, buat masa sekarang senarai calon tersebut masih dalam penelitian pihaknya.

Beliau berkata, Bersatu Kelantan akan mengemukakan tiga nama calon untuk dipilih oleh pimpinan tertinggi dalam PRK yang akan berlangsung bulan depan.

“Kita menerima cadangan daripada pihak bawahan sebelum proses pemilihan dibuat.

“Yang pasti, ketiga-tiga calon berkenaan adalah lelaki yang terdiri daripada pimpinan parti Bersatu Gua Musang dan ahli biasa.

“Kita pilih ada yang berasal dari Nenggiri, ada juga di luar Nenggiri namun masih lagi dalam daerah Gua Musang,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kamaruddin berkata, Bersatu Kelantan akan menonjolkan calon boleh menang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Advertisements

“Dalam senarai tiga calon nanti, calon muda juga akan dikemukan dan seterusnya terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

“Kita ada masa hampir dua minggu lagi dan senarai nama ini perlu dihantar selewat-lewatnya akhir minggu depan,” katanya.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada hari Sabtu, 17 Ogos manakala penamaan calon dilangsungkan pada 3 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Ogos tahun lalu, Mohd Azizi Abu Naim yang bertanding tiket Pas menang dengan majoriti 810 undi apabila memperoleh 6,517 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff yang mendapat 5,707 undi.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Advertisements

Terkini

Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula – Mohamad Hasan

AKTA Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan