29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Malaysia dinaik taraf ke Tahap 2 pemerdagangan orang

Mesti Baca

MALAYSIA telah dinaikkan ke Tahap 2 (Tier 2) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2024.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan yang dikeluarkan di Washington DC semalam itu amat strategik dan sangat signifikan.

Ini kerana menurut beliau, tahun lalu Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watchlist) manakala kali terakhir negara berada pada Tahap 2 ialah pada 2017.

Advertisements

“Kejayaan ini adalah hasil usaha pelbagai pihak berkepentingan yang turut memberi sumbangan bermakna dan berterusan dalam menjayakan agenda membanteras pemerdagangan orang di Malaysia,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Saifuddin berkata, antarapencapaian signifikan yang direkodkan adalah peningkatan bilangan penyiasatan, sabitan kes dengan hukuman yang signifikan dan program kesedaran.

Selain itu, pendakwaan terhadap penjawat awam, peningkatan pendakwaan kes pemerdagangan buruh, penyaluran peruntukan kepada rumah perlindungan serta peningkatan kelulusan kebenaran bergerak bebas kepada mangsa pemerdagangan orang turut membantu peningkatan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan