27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Kebolehpasaran graduan IPMA capai hampir 95 peratus – Asyraf

Mesti Baca

KEBOLEHPASARAN graduan institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (IPMA) terutama bidang teknikal dan profesional mencapai 94.34 peratus.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini dapat dilihat apabila sepanjang tahun lalu, IPMA telah melahirkan seramai 28,919 graduan dalam bidang berkenaan.

“MARA sentiasa aktif berkolaborasi dengan pelbagai badan profesional dan industri bagi membangunkan kurikulum serta memperluas program diploma dan profesional selari dengan keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Pada sidang tersebut, seramai 779 graduan dari Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Profesional MARA (KPM) telah menerima diploma masing-masing.

Sehubungan itu, beliau berharap institusi pendidikan di bawah agensi itu terus melakar kejayaan melahirkan graduan yang berjaya seterusnya dapat memainkan peranan penting memajukan sektor pendidikan negara.

Hal ini, katanya, dapat dilakukan melalui penggunaan teknologi serta kolaborasi profesional dan antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan