Tuesday, July 21, 2026

Taklimat kewarganegaraan: Pas minta DAP beri penjelasan

Mesti Baca

DAP diminta membuat penjelasan berhubung program taklimat kewarganegaraan anjuran parti itu kerana disifatkan sebagai tindakan “membakar negara“.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri dan bukannya sebuah parti politik.

“Tindakan parti DAP yang sedang giat mengadakan program taklimat untuk kewarganegaraan sekali gus memudah cara untuk mendapatkan kerakyatan adalah merupakan satu tindakan bahaya dan boleh diumpamakan sedang membakar negara.

“DAP wajib menjelaskan secara terperinci apakah langkah yang dilakukan oleh individu bernama Yeap Choon Keong yang mendakwa dirinya ialah Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang yang telah berjaya membantu mendapatkan kerakyatan untuk beberapa individu.

“Mengikut data di dalam media sosialnya sendiri, pada bulan Mei 2024, sebanyak enam kes berjaya diselesaikan, lima kes pada bulan April dan tiga kes pada bulan Mac yang lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau memberi amaran kepada pihak yang “membakar negara” tersebut kerana mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di kemudian hari.

Terdahulu, tular poster penganjuran program terbabit yang mengundang pelbagai pandangan negatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng di Facebook memaklumkan, taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang yang dijadualkan pada 30 Jun ini, ditangguhkan.

Dakwanya, taklimat berkenaan bertujuan menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan