25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

SPRM bongkar sindiket seludup rokok, arak libatkan cukai RM2 bilion

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok yang melibatkan ketirisan hasil cukai negara sebanyak RM2 bilion.

Dalam operasi itu, SPRM turut menahan 34 pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari pelbagai gred bersama 27 individu dan pemilik syarikat.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kegiatan itu terbongkar hasil Ops Samba 2.0 yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 11 Mac lalu.

“Ops tersebut yang berakhir 25 Mac 2024 menumpukan siasatan kepada anggota dan pegawai JKDM yang bertugas di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akhirnya telah berjaya mengesan ketirisan hasil cukai sebanyak RM2 bilion.

“Ini merupakan satu kerugian hasil negara yang amat besar dan memberi impak negatif berterusan kepada ekonomi negara sekiranya tidak dibendung,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

SPRM berkata, hasil siasatan mendapati kesemua mereka yang ditahan disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup.

Katanya, berikutan penahanan individu terbabit, Bahagian AML, SPRM telah merampas telefon bimbit, komputer riba serta lapan kenderaan mewah milik sindiket terbabit bagi membantu siasatan.

SPRM juga telah membekukan sebanyak 231 akaun bank milik individu, syarikat dan ‘akaun keldai’ berjumlah kira-kira RM18 juta yang terbabit dengan kegiatan sindiket penyeludupan berkenaan.

“Setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh dan seramai 23 anggota dan pegawai kastam akan didakwa di enam Mahkamah Sesyen yang berasingan di seluruh negara sehingga 6 Jun 2024.

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan