30.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Masters Malaysia: Zii Jia buru kejuaraan kedua berturut-turut

Mesti Baca

PERSEORANGAN badminton lelaki negara, Lee Zii Jia kini memburu kejuaraan kedua berturut-turut apabila mara ke final Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pemain pilihan kelima itu menjinakkan, Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dengan 21-15, 21-17 dalam masa 43 minit di peringkat separuh akhir.

Zii Jia akan berdepan dengan pemain no. 1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen yang menundukkan pemain China, Lu Guang Zu 21-6, 21-13 dalam satu lagi aksi di separuh akhir perseorangan lelaki.

Sementara itu, pemain ranking ke-10 dunia berkata, kecergasannya berada dalam keadaan terbaik dan tidak ada sebarang kecederaan serius walaupun semalam mengalami kekejangan seluruh badan.

Advertisements

“Saya tidak fikir sangat mengenai final esok. Saya hanya mahu tenangkan diri, berehat dan mengambil makanan. Biarlah saya berada dalam keadaan segar esok,” katanya seperti dilapor media.

Kali terakhir Malaysia memenangi gelaran juara dalam perseorangan lelaki ialah melalui Datuk Lee Chong Wei pada 2016 dan legenda badminton negara itu juga menjadi pemain terakhir meraih gelaran di laman sendiri iaitu pada 2018 di Terbuka Malaysia.

Selain Zii Jia turut mara ke perlawanan akhir Masters Malaysia tahun ini ialah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.

Pasangan suami isteri itu menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-11, 21-19 di peringkat separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan