31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Imigresen gempur premis pelacuran, 51 warga asing ditahan

Premis berkenaan dipercayai sudah beroperasi selama kira-kira 30 tahun

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menggempur sebuah premis pelacuran yang beroperasi kira-kira 30 tahun dan menahan 51 warga asing di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 37 perempuan warganegara Vietnam, tiga perempuan Indonesia, seorang perempuan Myanmar, dan masing-masing seorang lelaki India, Pakistan serta Indonesia berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya juga merampas 19 naskhah pasport Vietnam, dua naskhah pasport Bangladesh, empat botol minyak urut dan kondom.

“Modus operandi kegiatan adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan aktiviti pelacuran kepada warganegara asing dan tempatan.

“Perkhidmatan urutan badan dijalankan di tingkat bawah premis manakala aktiviti pelacuran dijalankan di tingkat satu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, para pelanggan akan memilih perempuan warganegara asing untuk dilanggan dan bayaran akan dibuat di dalam bilik di tingkat yang lain dengan bayaran antara RM80 hingga RM150 untuk satu jam.

Ruslin berkata, semasa serbuan dilakukan perempuan warganegara asing yang berada di premis cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan bersembunyi namun segala usaha ini berjaya dipatahkan oleh anggota serbuan.

“Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang anggota melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut turut berjaya dipatahkan,” katanya.

Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Akta Pasport 1966 dan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di samping itu, lima lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. = Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan