24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Faisal dibenar keluar hospital, teruskan rawatan di rumah

Mesti Baca

KETIKA isu jenis kenderaan yang digunakan Faisal Halim ketika kejadian simbahan asid terhadapnya awal bulan ini menjadi perbualan, pemain Selangor FC itu dilapor telah dibenarkan keluar daripada sebuah hospital swasta di Shah Alam hari ini.

Menurut laporan media, penjaring gol terbaik dalam Piala Asia 2023 pada Februari lalu itu dibenar meneruskan rawatannya di rumah setelah dirawat di hospital sejak 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemain sayap kebangsaan yang berasal dari Pulau Pinang perlu menjalani rawatan psikologi dan rehabilitasi ekoran menjadi mangsa serangan dengan asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Damansara.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan kelab itu akan terus memantau perkembangan Faisal bagi memastikan ‘ayam tambatan’ kelab itu dapat kembali semula beraksi.

Advertisements

“Kami percaya apa yang terbaik ketika ini adalah supaya Faisal bersama keluarga dan orang tersayang semasa proses ini,” katanya seperti dilapor UtusanTV.

Sebelum ini, pemain yang mesra disapa Mickey itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Faisal berada dalam keadaan kritikal selepas insiden tersebut dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tersebut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Dia yang juga pemain sayap kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya apabila luka lecuran yang dialaminya itu semakin pulih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan