26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

Mesti Baca

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2 dalam aksi pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar sebentar tadi.

Turun dengan semangat yang tinggi setelah membuat persiapan rapi termasuk berkampung selama dua minggu di bumi Qatar tidak cukup untuk anak-anak buah Juan Torres Garrido membuat kejutan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha.

Pun begitu, Harimau Muda bermain penuh yakin di bahagian pertahanan dengan hantaran-hantaran pendek ke belakang sehinggalah Syahir Bashah menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti pada minit ke-11.

Jaloliddinov tidak mempunyai masalah untuk memperdaya penjaga gol muda negara, Azim Al Amin untuk mendahului 1-0 dan kedudukan itu dapat dipertahankan sehingga berakhir babak pertama.

Memasuki babak kedua Garrido membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Daryl Sham dan Haqimi Azim berjaya meningkatkan momentum serangan skuad Harimau Muda.

Advertisements

Ketika Malaysia rancak menyerang, Uzbekistan sekali lagi mendapat peluang mudah apabila bola hantaran Muhammad jatuh ke kaki Ulugbek Khoshimov berjaya menewaskan Azim pada minit ke-83 dan keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

Selepas ini skuad muda negara akan berdepan dengan pasukan Asia Tenggara, Vietnam Sabtu ini sebelum bertemu Kuwait tiga hari kemudian.

Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan