27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Perencanaan UMNO Selangor hambar, Tengku Zafrul letak jawatan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor kerana kecewa dengan perencanaan parti di peringkat negeri yang disifatkannya hambar.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu juga menyifatkan UMNO Selangor begitu banyak bergantung kepada sikap dan pendekatan kepimpinan negeri yang tidak seiring dengan peringkat Pusat, termasuk kerjasama dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Ekoran itu, beliau menyifatkan kedudukan UMNO Selangor pada masa kini masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk digelar sebuah parti nasional atau parti untuk masa depan.

“Untuk mengelak hakikat ini, strategi ampuh sepatutnya perlu dirangka dengan ketetapan yang sesuai dengan realiti semasa.

“Keputusan pilihan raya negeri di Selangor tahun lepas sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

“Antara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap, diuji dan disemak dengan pemegang taruh.

“Kerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah UMNO terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat Pusat.

Advertisements

“Begitu banyak bergantung kepada sikap dan pendekatan kepimpinan UMNO negeri. Saya melihat sendiri bagaimana Presiden UMNO dan kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat.

“Namun, sejauh mana hebat perencanaan pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah. Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pendekatan dan prinsip beliau adalah mudah yang mana sekiranya beliau tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan kepada parti adalah lebih baik melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, beliau akan meneruskan tugasan dan peranannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memandangkan jawatan tersebut dimenangi menerusi pemilihan parti.

“Saya sentiasa mendoakan agar Allah SWT merestui perjuangan hakiki kita bersama dan semoga UMNO khususnya UMNO Selangor bertapak kembali di hati rakyat Negeri ini, insya-Allah,” katanya.

Pelantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari UMNO dibuat oleh Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin pada April 2023 lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan