31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Bulan madu tamat, masa untuk tangkap ‘lebah’ – Sultan Ibrahim

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara, hari ini.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.

Seri Paduka Baginda sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama di dalam pemerintahan Baginda.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’ kepada Azam, seperti dilapor menerusi Facebook Baginda.

Advertisements

Seri Paduka Baginda dalam titah diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 baru-baru ini bertitah, Baginda akan memulakan cara pemerintahan sebenar apabila tempoh ‘bulan madu’ tamat.

Titah Sultan Ibrahim, Baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh “bulan madu” ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Seri Paduka Baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam...

Lagi Artikel Berkaitan