27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Penjawat awam Gred 56 ke bawah dapat bonus Aidilfitri – PM

Mesti Baca

PENJAWAT awam bakal menerima bonus Aidilfitri sebanyak RM500, Jumaat ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri itu diberi kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Beliau berkata, kerajaan juga menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penjawat awam hari ini meski sudah menerima bayaran insentif awal sebanyak RM2,000 sebelum ini.

“Jadi apabila jumpa penjawat awam, ada penjawat awam yang cakap kita faham Datuk Seri, tapi ada yang juga cakap dah habis belanja Datuk Seri.

“Perdana Menteri pun tak ambil gaji lagi, tapi masalahnya benar, persekolahan, kos sara hidup meningkat sedikit, jadi saya minta saudara doalah supaya politiknya stabil, dasar ekonomi jelas, pelaburan jelas, pelaburan asing bertambah,” katanya.

Pada 15 Mac lalu di Ipoh, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat mengulangi gesaan agar kerajaan memberi bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan