27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Anwar lulus peruntukan RM14 juta untuk ICQS Wang Kelian

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keperluan yang mendesak bagi menyelesaikan isu kesesakan di pintu masuk sempadan negara itu.

“Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli) turut membangkitkan permohonan peruntukan tambahan bagi Projek ICQS Wang Kelian, mesin pPengimbas di Pelabuhan Darat Perlis serta peruntukan mengurus bagi kerajaan Perlis.

“Mengambil kira keperluan yang mendesak, saya luluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek ICQS Wang Kelian untuk menyelesaikan segera isu kesesakan di pintu masuk negara,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Anwar yang berada di Perlis untuk sesi lawatan ringkas telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Kangar.

Advertisements

Taklimat turut dihadiri Mohd Shukri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Mufti Perlis serta ketua-ketua jabatan selain agensi kerajaan negeri dan Pusat.

Perdana Menteri berkata, perbincangan selama satu jam turut menyentuh pelbagai isu dan keperluan pembangunan di Perlis.

Antaranya, tambah beliau, projek Dataran Kuala Perlis, Pasar Pelancongan Kuala Perlis, pembinaan jalan bagi menghubungkan Jalan Pesisiran Pantai (R152) ke Kuala Sanglang serta penyelenggaraan gerai dan kiosk di seluruh negeri itu.

“Saya juga singgung potensi negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan dan bagaimana negara kita berbelanja tinggi untuk menanggung kos subsidi harga barang asas, namun harga makanan di negara kita masih lebih mahal berbanding di destinasi pelancongan negara jiran.

“Saya percaya jika ada usaha untuk mengatasi masalah ini, lebih ramai pelancong akan datang ke destinasi pelancongan di Perlis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan