27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dr Akmal ditahan polis berkaitan isu stoking kalimah Allah

Mesti Baca

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini dipercayai berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Perkara itu disahkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Dr Akmal memaklumkan beliau sepatutnya dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur esok.

Exco Kerajaan Negeri Melaka itu turut mengesahkan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan tidak akan berganjak seinci pun daripada pendiriannya.

Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

Advertisements

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Menerusi video tular berdurasi 45 saat, Dr Akmal menyatakan: “No fear, no surrender (Tidak takut, tidak mengalah).”

Difahamkan, Dr Akmal ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 10.25 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan Dr Akmal susulan dua laporan polis yang diterima berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, Dr Akmal akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan