32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ada suara munafik mahu lihat UMNO terkubur – Zahid

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya dengan kesepaduan dan kebersamaan menjadi asas kekuatan UMNO menghadapi suara-suara munafik yang mahu melihat parti itu terkubur.

Sehubungan itu, Zahid yang merupakan Presiden UMNO menyeru semua ahli untuk terus mempertahankan parti daripada dirobek dari luar dan dalam.

“Saya yakin kesepaduan dan kebersamaan seperti yang dizahirkan oleh UMNO Bahagian Kepala Batas ini dapat menjadi asas kekuatan yang menyatukan hati-hati ahli parti daripada suara-suara munafik yang ingin melihat UMNO terkubur dari pandangan mereka.

“Teruslah pertahankannya, walau ada yang cuba merobek dari luar dan dalam, dan ada juga yang hinggap seperti benalu, namun kita tetap perjuangkannya bersama. Insya-Allah,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO peringkat UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

Advertisements
Zahid Hamidi semasa menghadiri Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzri dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Zahid berkata, jelajah tersebut akan menjadi medan baginya untuk bersemuka dengan ahli-ahli parti sehingga ke akar umbi.

Ini kerana, beliau yakin dengan bersua muka secara langsung, banyak yang boleh dirungkai bagi memastikan perjuangan UMNO terus diperkukuhkan selamanya.

UMNO Bahagian Kepala Batas merupakan bahagian pertama di Pulau Pinang yang dijelajahi oleh Zahid. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan