26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pengampunan Najib: UMNO adakan Mesyuarat Khas MKT esok

Mesti Baca

UMNO akan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pagi esok dipercayai bagi membincangkan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut notis mesyuarat yang dikongsi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, itu akan diadakan pada pukul 11 pagi esok, Sabtu 3 Februari di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

“Baru terima notis. Esok Sabtu 11 oagi ada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi MKT,” kata Ahli MKT, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi platform X petang ini.

Beliau turut berkongsi notis panggilan mesyuarat tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan bagi pihak Setiausaha Agung.

Difahamkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki masih berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan umrah.

Usaha UMNO sebelum ini menuntut agar Najib diberikan pengampunan penuh oleh Lembaga Pengampunan tidak kesampaian apabila bekas Perdana Menteri itu hanya diberi keringan hukuman kepada enam tahun dan denda RM50 juta.

Advertisements

Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Ke-61 yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari lalu.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, ia susulan keputusan mesyuarat yang mengurangkan hukuman 50 peratus ke atas Najib.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda tersebut, tempoh penjara terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun, iaitu tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan