31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

UMNO tangguh Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera esok

Mesti Baca

UMNO membuat keputusan menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) esok.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

“Serentak dengan itu satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan pada pukul 11 pagi esok untuk membincangkan perkembangan muktakhir politik semasa tanah air khususnya bersangkutan pengumuman pengurangan tempoh hukuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Lembaga Pengampunan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hari ini, Najib yang juga bekas Perdana Menteri dipersetujui dibebaskan pada 23 Ogos 2028 manakala bayaran dendanya pula dikurangkan kepada RM50 juta.

Advertisements

Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Ke-61 yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari lalu.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, ia susulan keputusan mesyuarat yang mengurangkan hukuman 50 peratus ke atas Najib.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda tersebut, tempoh penjara terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun, iaitu tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan