25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pengambilan penjawat awam difokus sektor tertentu – Rafizi

Mesti Baca

PENGAMBILAN penjawat awam mungkin difokuskan kepada sektor-sektor tertentu, yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat pada masa depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini berlandaskan kepada pertambahan jumlah penduduk serta proses pendigitalan yang berlaku pada masa kini dan akan datang.

Beliau berkata, antara sektor yang diberi tumpuan antaranya ialah guru, doktor dan penjaga.

“Proses pendigitalan juga harus dimanfaatkan supaya proses kerja lebih berkesan dan sumber-sumber dapat ditumpu dan dialih kepada sektor-sektor awam yang lebih memerlukan,” katanya menerusi aplikasi X hari ini.

Beliau sebelum ini menjawat pertanyaan mengenai polemik saiz penjawat awam menerusi podcast Yang Bakar Menteri yang dimuatkan dalam Youtube.

Rafizi berkata, isu saiz penjawat awam perlu dibincangkan secara adil dan objektif.

Advertisements

Ini kerana, katanya, takrifan ataupun konteks penjawat awam dan pentadbir adalah berbeza mengikut negara masing-masing.

“Seperti di Malaysia, guru dan doktor adalah di bawah kategori penjawat awam.

“Bagi saya lebih ramai guru, doktor mahupun jururawat dalam negara, lebih baik untuk rakyat kerana ini contoh sektor perkhidmatan yang ada interaksi dan kesan terus kepada rakyat,” katanya.

Malahan, jelas beliau, tatakelola perjawatan adalah terkawal kerana proses penggajian penjawat awam memerlukan kelulusan.’

Katanya, ia bukan semudah-mudahnya untuk mana-mana kementerian atau agensi menambah bilangan penjawat awam mereka.

“Kawalan menerusi peruntukan turut wujud kerana setiap keputusan untuk menambah penjawat awam memerlukan kelulusan peruntukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan