29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Aura Anuar Zain buat 1,000 peminat rasa lebih ‘intim’

Mesti Baca

AURANYA begitu mempesonakan sehingga peminat tidak lekang daripada terus mengambil gambar mahupun video bersamanya.

Malah sikapnya terus ramah melayan peminat meskipun diasak dari kiri dan kanan, penghibur terkenal Anuar Zain tetap tersenyum.

Bijak mengawal pentas dan suasana dengan sembang di samping memberikan hadiah sebanyak 1080 patung ‘teddy bear’ kepada semua peminat yang hadir, tidak terasa waktu lebih 2 jam berlalu begitu sahaja.

Itulah antara momen yang dapat dilihat pada petang Premium Showcase AZ40 Up Close and Personal yang berlangsung di Jiospace, baru-baru ini.

Membuka tirai persembahan dengan klip gambar Anuar sejak lahir sehinggalah yang terkini, konsert kedua ini diadakan dalam tempoh yang singkat selepas konsert besar Anuar berlangsung Oktober tahun lalu.

Ruang yang memuatkan kira-kira 1,000 penonton itu terlihat lebih intimate dan Anuar kelihatan lebih banyak melayan peminat disamping melakukan aktiviti kuiz di pentas.

Tampil dengan rekaan daripada Datuk Bernard Chandran, Anuar mengakui persembahan petang itu dia mahu kelihatan lebih kasual dan santai.

Advertisements

“Ini adalah hari yang lebih istimewa kerana selain meraikan ulangtahun ke-40 pembabitan saya dalam bidang seni, ia juga bagi meraikan hari lahir saya ke-54 bersama peminat yang hadir.

“Pastinya saya mahu ia lebih ekslusif dan penampilan juga saya mahu lebih santai supaya mudah untuk bergerak dan berkomunikasi dengan penonton,” katanya.

Masih kekal dengan koleksi lagu sama pada konsert terdahulu, antara lagu yang dipersembahkan ialah Sesucinya Cintamu, Cinta Harus Memiliki, Keabadian Cinta, Sedetik Lebih, Kau Bunga Cintaku dan banyak lagi.

Anuar turut mempersembahkan lagu-lagu tribute sebagai penghargaan kepada artis-artis yang menjadi inspirasinya dengan mendendangkan lagu-lagu seperti Saving All My Love (Whitney Houston), Emosi (Sheila Majid), Hello (Lionel Ritchie) dan Hujan (Sudirman Hj Arshad).

Anuar juga turut menerima kejutan daripada produksi sempena sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 15 Februari lalu.

Nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ bergema di setiap ruang Jio Space apabila kek hari jadi bersaiz gergasi diusung keluar ke atas pentas. -Edisi9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan