27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jepun dipelawa hantar lebih ramai pelajarnya ke Malaysia

Mesti Baca

JEPUN dipelawa untuk menghantar lebih ramai pelajarnya bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Pelawaan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sains, Sukan dan Teknologi (MEXT) Jepun, Masahito Moriyama hari ini.

Dalam perbincangannya dengan Moriyama di Tokyo, Zahid berkata, beliau dimaklumkan bahawa Jepun akan menghantar lebih 30,000 pelajar ke luar negara dan membelanjakan sebanyak 14.5 bilion yen (RM470 juta) bagi tujuan itu.

“Malah sehingga tahun 2033 nanti, negara Jepun akan menghantar kira-kira 500,000 pelajarnya ke luar negara untuk menyambung pengajian, dan saya telah meminta agar lebih ramai pelajar-pelajar Jepun untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut serta dalam kunjungan tersebut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Advertisements
Zahid Hamidi dan delegasi Malaysia mengadakan perbincangan dengan Masahito Moriyama di Tokyo, Jepun.

Zahid berkata, banyak perkara yang dibincangkan sepanjang lawatannya ke Tokyo sejak beberapa hari lepas khususnya aspek pendidikan dan bidang TVET yang menjadi fokus beliau sepanjang berada di Jepun.

Katanya, terlalu banyak faedah yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut setakat ini dan beliau sendiri telah mengarahkan tindakan-tindakan susulan dan koordinasi selanjutnya dilakukan segera.

Ini terutamanya oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, MARA dan institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN) dalam meningkatkan taraf TVET di dalam negara.

Esok, Timbalan Perdana Menteri bersama delegasi akan ke Osaka bagi meneruskan agenda lawatan tujuh hari ke Negara Matahari Terbit itu untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan dalam sektor lain yang terkait dengan bidang-bidang jawatankuasa yang pengerusikannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan