28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiga bekas MB dilantik sebagai penasihat UMNO Terengganu

Mesti Baca

TIGA bekas Menteri Besar Terengganu telah dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri itu bermula serta-merta.

Mereka ialah Tan Sri Idris Jusoh, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Turut dilantik ke jawatan tersebut ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor yang juga calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Kemaman baru-baru ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, pelantikan mereka telah dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah, petang tadi saya telah mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu buat kali pertama selepas dilantik sebagai pengerusi.

“Setinggi ucapan terima kasih saya kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut menghadiri mesyuarat kali ini bagi menyampaikan amanat beliau,” katanya menerusi Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut hari ini.

Advertisements

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Sabri Alwi diumumkan sebagai Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang ‘dinaikkan pangkat’ sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Rozi yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu dilantik sebagai Ketua Perhubungan menggantikan Ahmad yang melepaskan jawatan tersebut Disember lalu.

Sementara itu, Rozi berharap intipati dan hala tuju yang dibincangkan bersama-sama dalam mesyuarat tersebut dapat membawa perubahan yang lebih baik untuk UMNO Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan