32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024

Sekretariat khas teliti cadangan hasil pemukiman KKDW

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SATU sekretariat khas akan ditubuhkan bagi meneliti semua cadangan daripada hasil pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi proses pelaksanaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil pemukiman yang diadakan di Kuala Lumpur selama tiga hari, pihaknya menerima 62 cadangan daripada enam kumpulan yang dibentangkan dalam bengkel petang ini.

“Insya-Allah, cadangan-cadangan ini akan saya bawa dan bentangkan juga semasa Bengkel Permukiman Jemaah Menteri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Inilah cara kami di Kementerian untuk duduk bersama pada awal tahun bagi membentuk hala tuju baharu demi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga di perdesaan,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Salah satu pembentangan cadangan dalam Bengkel Pemukiman KKDW di Kuala Lumpur.

Menerusi pemukiman tersebut, setiap kumpulan diberi tanggungjawab untuk membincangkan secara mendalam enam kaukus yang telah dikenal pasti bagi merealisasikan Aspirasi Desa Madani 2024.

Advertisements

Enam kaukus tersebut ialah Ekonomi dan Keusahawanan; Pengukuhan Tadbir Urus dan Kemampanan Agensi serta Anak Syarikat; Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi; Kepimpinan Desa serta Tatakelola dan Sistem Penyampaian.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah mendengar sendiri dapatan daripada setiap kumpulan dan memberikan rumusan untuk dirangkum sebagai panduan bagi gerak kerja, game-changer, indeks penilaian prestasi (KPI) dan keberhasilan KKDW.

“Saya amat kagum melihat komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dari pelbagai peringkat jawatan, tidak kira jabatan atau agensi semuanya sangat bersungguh untuk memberikan hasil yang terbaik demi kelebihan rakyat.

“Ada juga yang masih berbincang sehingga awal pagi bagi melahirkan hasil dapatan yang terbaik,” kata beliau.

Bengkel Pemukiman KKDW melibatkan para pegawai kementerian serta agensi-agensi di bawahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SME Corp, Monsha’at Arab Saudi jalin kerjasama, kongsi maklumat

SME Corp. Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha'at) Arab Saudi bagi...

Lagi Artikel Berkaitan