26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bom lama ditemui di pekarangan pusat penjagaan orang tua

Mesti Baca

SEBUTIR bom lama Unexploded Ordnance (UXO) jenis Mortar Bomb 81mm berukuran 40 sentimeter (cm) panjang ditemui di pekarangan pusat penjagaan dan perlindungan warga emas di Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

Bom berkenaan ditemui seorang pemandu jentera berusia 40-an pada jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkaitan penemuan bom terbabit.

Katanya, pengadu sebelum itu menjalankan kerja-kerja penanaman kabel di kawasan berkenaan sebelum menemukan bom terbabit.

Advertisements

“Ketika hendak menggali lubang bagi tujuan penanaman kabel menggunakan jentolak, lelaki itu menjumpai objek seakan bahan letupan dan menghubungi polis.

“Selepas menerima makluman, polis dari Unit Pemusnah Bom pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu ialah UXO jenis Mortar Bomb 81mm berukuran panjang 40 cm yang sudah berkarat dan tiada sebarang tandaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Mohd Rosdi berkata, bom terbabit berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama IPD Kota Bharu di satu kawasan yang selamat.

“UXO itu selesai dimusnahkan dan tidak ada sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan