26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

494 kes penipuan di aplikasi sosial, kerugian RM2.5 juta

Mesti Baca

SEBANYAK 494 kes penipuan penyamaran sebagai rakan atau kenalan membabitkan kerugian RM2.5 juta dikesan polis sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.

Beliau berkata, meminjam wang adalah satu daripada modus operandi digunakan penjenayah dalam melakukan penipuan.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati melakukan penggodaman terhadap akaun Telegram/ WhatsApp milik mangsa dan menghubungi senarai rakan mangsa yang diperoleh daripada Telegram/ WhatsApp untuk meminjam wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga semalam, sebanyak 50 kes penipuan dilaporkan membabitkan kerugian RM238,732.

Advertisements

Katanya, pemilik sebenar akaun hanya menyedari perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses atau menerima panggilan daripada kenalan berkaitan kesahihan pinjaman wang ingin dibuat.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihat tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang diterima daripada kenalan terutama apabila akaun bank digunakan adalah milik individu lain.

“Apapun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan itu bagi tujuan pengesahan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan