Wednesday, July 22, 2026

SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat dengan satu penipuan terhadap seorang pemilik syarikat berkaitan projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada tahun 2013.

Suspek yang berusia 35 tahun ditahan kira-kira 2.30 petang pada Rabu di pejabat SPRM sewaktu memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek disyaki memperdaya pemilik syarikat berkenaan mengenai tawaran kerjasama menjalankan projek pembekalan bahan mentah kering dan basah sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM100,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Khamis untuk sebutan kes. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan