Friday, June 5, 2026

Helikopter terhempas di Cameron Highlands, semua mangsa selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

[KEMAS KINI] SEBUAH helikopter yang dilaporkan terhempas di dalam hutan sempadan Perak-Pahang berhampiran De Garden Enterprise, Cameron Highlands tengah hari tadi, sudah ditemui dengan semua mangsa dilaporkan selamat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui semua mangsa terbabit kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman berkata, mereka yang berada di dalam pesawat itu terdiri daripada juruterbang dan lima penumpang, dan dipercayai merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan membabitkan polis, Jabatan Hutan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Helikopter berkenaan difahamkan membawa pegawai perubatan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Dalam kejadian pukul 1 itu, semua penumpang dilaporkan selamat, hanya seorang mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Perak, Fatuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berjaya menghubungi pasukan mencari dan menyelamat sementara menunggu untuk diselamatkan.

“Berdasarkan maklumat awal, helikopter berkenaan tersangkut dalam hutan berkenaan semasa membuat pendaratan kecemasan, mangsa selamat, kecuali seorang cedera ringan,” katanya.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan