26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Wanita ditahan beli iPhone guna kad ATM curi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki mencuri kad bank milik ibu saudara tirinya di sebuah premis di kawasan Pandan Perdana pukul 12.25 temgah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahya berkata, penangkapan itu dilakukan susulan satu laporan seorang wanita tempatan yang mendakwa wang dalam akaun banknya menyusut selepas kehilangan kad ATM pada 25 Mac lalu.

“Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kerana wang di dalam banknya telah lesap sebanyak RM8,200 dan transaksi bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

“Kita turut merampas satu keping kad ATM milik mangsa dan satu unit telefon bimbit jenama iPhone 13 Pro yang dipercayai dibeli menggunakan transaksi akaun bank mangsa.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki mendakwa wanita terbabit mencuri sejumlah wang menggunakan kad ATM adiknya.

Kad berkenaan dicuri wanita berkenaan ketika menumpang di rumah adik lelaki berkenaan dan kejadian didakwa berlaku antara 23 hingga 24 Mac lalu.

Advertisements

Lelaki itu berkata, ketika kejadian, adiknya meminta bantuan wanita tersebut untuk tolong memegang sementara dompetnya namun terlupa untuk mengambilnya semula sehingga keesokan harinya.

Katanya, nombor keselamatan kad ATM adiknya diketahui suspek ketika membuat pembayaran sewaktu membeli-belah di sebuah pasar raya di ibu kota.

“Sewaktu adik sibuk memasak juadah berbuka, wanita itu keluar ke pusat beli belah bersebelahan rumah kononnya untuk membeli air namun dia sebenarnya membuat pengeluaran sebanyak RM5,000 di mesin ATM.

“Keesokannya, wanita itu memberitahu dia ingin pulang bekerja semula di Genting Highlands dan sebelum keluar, dia sempat melakukan dua lagi pengeluaran wang sebanyak RM3,000 dan RM2,000,” katanya.

Menurut lelaki tersebut, kehilangan wang dalam akaun banknya hanya disedari selepas adiknya memerikan akaun bank pada 26 Mac lalu.

Terbaharu, lelaki itu berkata, suspek dapat dikesan dengan bantuan seseorang yang mengetahui lokasi sebenar wanita itu berada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua pesawah dari Pendang wakili negara ke Konvensyen PBB

DUA pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen...

Lagi Artikel Berkaitan