Wednesday, July 22, 2026

Tarikh Aidilfitri bukan bahan gurauan – Mohd. Naim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menjadikan penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri sebagai bahan gurauan di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara ini perlu dipandang serius semua pihak kerana penentuan anak bulan 1 Syawal dibuat pihak berkuasa yang terlibat.

“Oleh kerana kuasa mengisytiharkan tarikh itu terletak pada penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka saya nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana khususnya di media sosial untuk mengambil serius mengenai perkara ini.

“Jadi saya harapkan sangat isu berkaitan ‘raya terkejut’ dan bila bermulanya raya ini kita serahkan kepada pihak tertentu dan kita hentikan perkara ini. Insya-Allah kita berikan tumpuan pada perkara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan program Santuni Gelandangan di Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK), Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu turut dihadiri Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Program itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara JFB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Iftar Rahmah Ramadan, VFive Group Sdn. Bhd., Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, sejumlah 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada komuniti gelandangan selain sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada 40 keluarga yang berada di bawah pemantauan PPK.

Katanya, sepanjang Ramadan ini, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan setiap hari di PPK berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM129,600. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan