28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pasar raya Lulu berjaya tingkatkan jualan produk tempatan

Mesti Baca

PASAR raya LuLu melalui kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya mencatatkan jualan sebanyak tiga juta unit menerusi lebih 600 produk tempatan setakat November.

Pasaraya LuLu dalam satu kenyataan berkata, menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Kerjasama Mengeksport Produk Malaysia ke Luar Negara, jualan berkenaan dicatat hampir 80 syarikat di Malaysia yang mengeksport produk tempatan ke pasar raya itu di tujuh negara.

Menurutnya, antara tujuh negara terbabit ialah Pasaraya LuLu Negara Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dan India.

“Pihak kami turut memberi penganugerahan masing-masing kepada tiga syarikat tempatan dan pengeksport Malaysia terbaik bagi tahun ini yang telah cemerlang dalam prestasi penjualan produk di dalam mahupun luar negara.

“Bagi penerima Anugerah Tiga Syarikat Tempatan Pengeksport Terbaik tahun ini berjaya membuat jualan sejuta unit produk bersamaan hampir RM7.7 juta secara keseluruhan iaitu Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd, Sydney Cake House Sdn Bhd dan Carepro Marketing Sdn Bhd.

Advertisements

“Manakala bagi KBBM pula, sebanyak 1,420 produk tempatan berjaya dipromosikan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) yang membolehkan Fatihah Frozen Sdn Bhd, Afy Haniff Bena & Bekal dan Hang Tuah Sdn Bhd meraih Anugerah Tiga Syarikat Tempatan Terbaik,” katanya.

Katanya, program serta inisiatif yang dijalankan itu membantu dalam meningkatkan jumlah permintaan terhadap barangan tempatan di dalam atau luar negara.

“Tambahan pula, kerjasama dengan pasar raya antarabangsa seperti Pasar Raya LuLu sangat membantu dan mengalakkan produk tempatan menembusi pasaran luar negara.

“Keputusan kerajaan untuk memperkasakan KBBM dan inisiatif ini tepat untuk mengimbangkan cabaran ekonomi semasa khususnya bagi merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Antara strategi dan kaedah paling berkesan melalui penganjuran promosi jualan dan barangan buatan tempatan secara terus kepada pengguna yang dapat meningkatkan kesedaran tentang kewujudan produk ini seterusnya menggalakkan pembelian,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan