28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Nvidia, YTL setuju bina pusat data AI bernilai RM20 bilion

Mesti Baca

NVIDIA Corporation akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL bagi membina pusat data kecerdasan buatan (AI) melibatkan pelaburan berjumlah RM20 bilion.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di Putrajaya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, YTL sebelum ini telah memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaharu bagi membina sistem Awan AI yang berpengkalan di Malaysia.

“Keputusan NVIDIA untuk melabur di Malaysia adalah satu isyarat yang jelas bahawa pelabur asing, terutamanya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Yeoh Seok Hong.

Anwar berkata, Nvidia merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional dan telah menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan.

Advertisements

Katanya, syarikat itu kini adalah syarikat keenam terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran.

“Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait AI.

“Saya tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI,” kata beliau.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Jensen menyatakan kesediaan menyokong hasrat tersebut dan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia.

Katany, usaha tersebut akan dilaksanakan menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri.

“Nvidio melihat Malaysia mempunyai sumber dan kemampuan dalam menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah hub AI,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan