30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

‘Jilid Akhir : Ella Puteri Kota’ ke Kota Kinabalu

Mesti Baca

SELEPAS kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton, ratu rock negara, Ella kini kembali untuk beraksi di hadapan ‘urang’ Sabah terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

Digelar konsert ‘Jilid Akhir : Ella Puteri Kita’ Kota Kinabalu, Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari depan, bermula jam 8.30 malam, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Mengambil petikan seusai konsertnya di Pulau Pinang, Ella berkata, rasa syukur atas sokongan padu daripada peminat yang membuatkan dia bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini.

“Bagi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ di sana.

“Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan,” katanya.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’. 

Advertisements

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar lebih dua jam itu bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Datuk Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, selepas kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya,” katanya.

Tiket-tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan