27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Srikandi ‘burung besi’ buka langit baharu dunia penerbangan

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Oleh ROSALISA ADRIANA RUSLI (Pelajar USIM)

SRIKANDI ‘burung besi’, Nuremylyana Borhan berdiri teguh di panggung industri penerbangan sebagai Penyelaras Pemulihan (Turnaround Coordinator) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tugasnya tidak terbatas dalam menguruskan kapal terbang, malah membawa semangat kepemimpinan yang menginspirasi, terutama bagi golongan wanita.

Tanggungjawab Nuremylyana yang melibatkan penyelarasan kompleks antara darat dan kokpit memerlukannya untuk memastikan kapal terbang berlepas tepat pada masanya.

Namun, lebih daripada sekadar tugas kemahiran, dia juga membuktikan keupayaannya memimpin pasukan dalam situasi yang pantas dan fokus kepada aspek keselamatan.

Kerjayanya mengukir prestasi yang bukan hanya menciptakan jejak yang membanggakan tetapi juga memberikan inspirasi kepada golongan wanita dalam mengejar karier dalam dunia penerbangan.

Sejak awal perjalanan di bahagian Penyelaras Pemulihan, baginya bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, dia mengambil cabaran itu sebagai peluang untuk menguji diri dan menciptakan sesuatu yang di luar jangkaan. Dedikasi dan disiplin menjadi kunci Noremylyana menghadapi perubahan tersebut.

“Semangat mencari cabaran yang luar biasa sentiasa memandu langkah-langkah saya untuk mendorong komitmen dan disiplin dalam mencapai hasil kerja yang memuaskan,” katanya ketika ditemui di KLIA baru-baru ini.

Nuremylyana Borhan bersama rakan setugas, Muhammad Haziq Mohd Latiff (kiri) dan Pengurusnya, Muhammad Muhaimin Mohd Noor. – Foto: Rosalisa Adriana Rusli

Bagi Noremylyana, 31, prinsip ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ menjadi pedoman utama dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam bidang tersebut.

Beliau tidak hanya melihat pekerjaannya sebagai rutin harian tetapi sebagai panggilan untuk membuktikan bahwa wanita juga mampu bersinar dalam arena yang umumnya didominasi oleh lelaki.

Dengan tekad dan prinsip yang kuat, Noremylyana mencipta jejak yang memberikan motivasi dan menghadapi setiap rintangan dengan berani.

Noremylyana telah berkhidmat hampir sedekad dalam bidang itu. Beliau melalui pelbagai kursus dan latihan amali.

Advertisements

Pengalamannya mencerminkan dedikasi yang mendalam, menjadikannya personaliti yang berkebolehan dan berpengalaman dalam setiap aspek pekerjaannya.

Pengalaman ini menjadi batu loncatan untuknya mencapai keunggulan dan terus berkembang dalam menghadapi setiap perubahan dan tugas baharu.

“Bekerja dalam suasana yang positif dan mempunyai kerjasama antara kumpulan turut memberi sokongan yang besar dalam perjalanan saya di bidang ini.

“Inilah antara perubahan positif dalam pengiktirafan wanita di bidang ini yang mana sebelumnya lebih dominan oleh lelaki,” katanya.

Sementara itu, rakan sekerjanya, Muhammad Haziq bin Mohd Latiff berkata, bekerja bersama wanita dalam bidang tersebut dapat mengumpul pengalaman yang unik dan melebihi ekspektasi.

“Keunikan itu yang memberi kepuasan yang tersendiri lebih-lebih lagi bagi pasukan yang berkerjasama dengan wanita,” katanya.

Dengan memilih tugas-tugas yang jarang diambil oleh wanita, Noremylyana menunjukkan bahawa keinginannya untuk meraih puncak tidak terbatas oleh faktor jantina.

Selalu bersemangat menghadapi cabaran dan tugas baru, beliau menganggap setiap kesempatan sebagai peluang untuk menguji kemampuannya dan terus berkembang.

Dalam setiap langkahnya sebagai Penyelaras Pemulihan, dia menghadapi serangkaian cabaran.

Meskipun langkah-langkah awalnya mungkin tidak mudah baginya, kerana ia antara bahagian yang tak terpisahkan daripada perkembangan diri.

Mendisiplinkan diri dan bersedia untuk belajar, menjadi kunci utama Noremylyana dalam bidang ini.

Walaupun sebagai seorang wanita, Noremylyana mengakui bahawa melibatkan emosi dalam pekerjaan adalah antara salah satu cabaran. Namun, beliau perlu melawan emosi tersebut dengan cekap dan tenang.

“Perubahan prestasi dalam bidang pengendalian darat melibatkan wanita dalam industri yang sebelum ini lebih cenderung kepada lelaki.

“Percapaian dalam karier memerlukan motivasi, minat dan bijak memanfaatkan peluang membuktikan bahawa wanita mampu bersaing dengan lelaki dalam melaksanakan tugas yang sama dengan cekap dan berkemahiran tinggi,” kata Noremylyana.

Keseluruhan pengalaman dan perjuangannya sebagai Penyelaras Pemulihan menciptakan naratif yang menginspirasi tentang seorang wanita yang mampu mengatasi batasan dan membuktikan bahawa jantina tidak boleh menjadi halangan untuk mencapai pencapaian luar biasa dalam dunia penerbangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan