28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Gangguan bekalan elektrik di CIQ BSI pulih sepenuhnya

Mesti Baca

GANGGUAN bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Johor Bahru Sentral seperti dilaporkan, pulih sepenuhnya jam 9.13 pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut mengambil maklum cadangan kerajaan Johor supaya mempertimbang sumber alternatif bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik ke kompleks CIQ seperti disuarakan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohammad Salleh.

“TNB juga bekerjasama rapat dengan pengurusan BSI bagi memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan ke kompleks berkenaan dan persekitarannya,” katanya.

Kenyataan itu berkata, TNB melaksanakan kerja-kerja henti tugas bernotis bagi senggaraan berjadual pepasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gerbang Perdana 33/11kV, Johor Bahru bermula jam 8 malam tadi sehingga awal pagi ini.

Advertisements

“Ketika kerja-kerja dilaksanakan, bekalan elektrik sementara disalur melalui 10 genset milik Bangunan Sultan Iskandar supaya tiada gangguan bekalan dalam tempoh terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, TNB menyatakan, siasatan mendapati berlaku kerosakan berulang pada satu daripada genset berkenaan yang digunakan untuk memberi bekalan sementara dan mengakibatkan gangguan bekalan di premis bangunan CIQ.

Pagi tadi, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan gangguan elektrik selama 12 jam itu mengecewakan dan amat menyusahkan pengguna.

Media melaporkan, gangguan bekalan di bangunan keselamatan sempadan antara Johor dan Singapura itu dipercayai berlarutan hingga jam 10 pagi tadi sebelum keadaan kembali pulih. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan