26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Polis ambil serius penjualan senjata angin dan tiruan

Mesti Baca

POLIS tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedarkan senjata angin dan tiruan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berikutan pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai yang gusar tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran secara dalam talian apa sahaja senjata termasuk senjata angin atau tiruan yang mudah diperoleh.

Berikutan itu, Hussein menasihati masyarakat agar tidak terbabit dalam sebarang aktiviti itu atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Pada tahun lalu, tindakan undang-undang telah diambil berhubung satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam dengan suspek kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan dihukum denda RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Hussein berkata, penggunaan senjata tiruan juga boleh mendatangkan kecederaan sehingga parah dan menyebabkan kematian.

Advertisements

“Bagi kesalahan mengakibatkan kecederaan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

“Bagi kesalahan mencederakan orang yang menyebabkan kematian, ia boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Selain itu, Hussein berkata, bagi kegiatan membeli, menjual, memiliki dan mengedarkan apa-apa senjata berbahaya selain senjata api, ia adalah kesalahan bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara satu tempoh tidak melebihi dua tahun dan disebat,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan