29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pemimpin parti gabungan Kerajaan Perpaduan hadiri Kongres PKR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KONGRES Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 cukup unik apabila bakal dihadiri pemimpin utama daripada parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres yang akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya (PICC) itu turut menerima kehadiran seramai 50 kedutaan asing.

Katanya, kongres selama dua hari bermula Sabtu ini itu bertemakan ‘Memaknai Reformasi, Menjulang Madani’.

“Ini adalah kongres tahunan yang pertama yang akan dihadiri oleh sidang perwakilan dari seluruh negara selepas setahun PKR bersama-sama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Sudah tentu kongres akan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati dari Sabah hingga ke Perlis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kongres Nasional PKR peringkat pusat akan dibuka dengan ucapan dasar Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus majlis perasmian Kongres Nasional.

Saifuddin Nasution berkata, tumpuan utama dalam perbahasan kali ini adalah isu-isu terkait kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik.

“Sudah tentu isu utama berhubung kos sara hidup, perpaduan dan 3R, rasuah dan penyelewengan kuasa antara topik yang akan dipilih para pembahas.

“Pembahasakan diberikan kebebasan berbahas, memberikan nasihat, mengkritik serta melontarkan idea kepada barisan pimpinan yang akan dijadikan panduan dan iltizam pimpinan ke arah yang lebih baik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan