Tuesday, July 21, 2026

Pakai warna oren Sabtu ini – KPWKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diseru agar bersama-sama memakai pakaian berwarna oren pada Sabtu ini sebagai menunjukkan solidariti dan sokongan kepada kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi kenyataan berkata, ia bersempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang disambut pada setiap 25 November di seluruh dunia.

Katanya, sebagai simbolik permulaan kempen, KPWKM dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan ‘menyirami’ Menara Kuala Lumpur dengan warna oren pada malam 24 November ini.

“Warna oren adalah warna global tanda solidariti bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

“KPWKM menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama memakai pakaian berwarna oren pada 25 November ini untuk menunjukkan solidariti dan sokongan kepada kempen ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, KPWKM berkata, pemilik-pemilik premis dialu-alukan untuk menghiasi premis mereka dengan warna oren bagi menyokong kempen ini.

Sleain itu katanya, KPWKM juga menyarankan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk melaksanakan program-program kesedaran menghapuskan keganasan dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di peringkat akar umbi.

“Ianya seperti di komuniti setempat, sekolah, universiti dan tempat kerja supaya kempen ini berjaya mencapai matlamatnya.

“Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan kempen ini dan seterusnya menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan