31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lima rakyat Malaysia berada di Tebing Barat – KLN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) mengesahkan terdapat lima rakyat Malaysia membabitkan seorang wanita dewasa bersama ibu dan tiga anak berada di kawasan konflik, Tebing Barat.

KLN menerusi kenyataan memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubung dengan mereka.

“Kementerian Luar Negeri menasihatkan mana-mana pihak atau warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat keberadaan saudara mara dan kenalan yang masih berada di kawasan konflik boleh berhubung dengan kementerian bagi membolehkan bantuan dihulur sekiranya perlu,”kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kementerian luar negeri turut menasihati pihak yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke kawasan bergolak itu menangguhkan perancangan mereka memandangkan keadaan keselamatan masih meruncing.

“Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang masih berhasrat untuk ke kawasan berkenaan dinasihatkan merujuk perancangan mereka kepada kementerian ini terlebih dahulu,”katanya.

Dalam perkembangan sama, KLN memaklumkan pihaknya dalam proses untuk menyalurkan RM1 juta untuk sumbangan kemanusiaan awal dengan segera melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Orang awam, agensi dan pertubuhan yang ingin menyumbang melalui AAKRP boleh berbuat demikian di pautan https://forms.gle/PQiA5weQESnCB8pC8 atau menerusi akaun Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin iaitu CIMB Islamic Bank Berhad dan nombor akaun: 86-0030248-9.

Advertisements

KLN menegaskan masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan antarabangsa perlu menyalurkan segera bantuan kemanusiaan seperti bekalan asas dan perubatan.

“Rejim Israel tidak berhak untuk menyekat saluran bantuan kemanusiaan,” katanya.

Sabtu lalu Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza telah melancarkan serangan mengejut ke atas Israel yang setakat ini telah membunuh lebih 700 orang Israel.

Sebagai tindak balas Israel telah melakukan serangan udara berterusan di Semenanjung Gaza.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi menerusi talian telefon 962 65902400/ 962 785902400 (selepas 3.30 petang waktu tempatan) dan emel: [email protected].

Selain itu, rakyat boleh menghubungi pegawai bertugas Bahagian Asia Barat Wisma Putra di talian 010 2884116 (Faizal) dan 01114901787 (Hakim) selepas waktu pejabat atau 03-88874570 serta emel: [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan