26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Kecederaan ACL paksa Neymar berehat panjang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NEYMAR dijangka terlepas baki aksi musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) serta koyakan miniskus pada lutut kirinya dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay, semalam.

Perkara tersebut disahkan kelabnya, Al-Hilal di mana penyerang itu dijangka menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Kecederaan tersebut membuatkan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona itu berperang dengan masa untuk kembali pulih menjelang Copa America di Amerika Syarikat (AS), musim panas depan.

“Ujian perubatan ke atas Neymar mengesahkan kecederaan ACL dan koyakan miniskus pada lututnya.

“Dia akan menjalani pembedahan dan disusuli program pemulihan yang akan ditentukan kemudian,” kata Al-Hilal menerusi platform X.

Advertisements

Keputusan tersebut nyata memberi tamparan hebat buat Al-Ahli yang baharu sahaja menandatangani penyerang tersebut dengan kontrak sekitar RM75 juta semusim, beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Neymar terpaksa dikeluarkan pada minit ke-44 apabila mengalami kecederaan selepas bertembung dengan Nicolas de la Cruz.

Penyerang berusia 31 tahun itu dalam beberapa musim terbaharu kerap mengalami kecederan.

Pada musim terakhir di Parc des Princes, Neymar mengalami kecederaan buku lalu pada Februari yang mengakibatkannya terpaksa menjalani pembedahan dan terlepas baki saingan Ligue 1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan