26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KKD tidak puas hati cara TikTok uruskan isu, berita palsu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengendali media sosial TikTok dalam mengendalikan beberapa isu yang timbul di platform tersebut.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sejak tidak ada lagi beberapa wakil di negara ini, kerjasama pihak TikTok kepada kerajaan sangat lembab dan beliau sangat tidak berpuas hati.

“Contohnya, isu dakwaan vaksin bagi virus X itu telah tular dengan 1.5 juta tontonan dan saya terpaksa panggil pihak TikTok untuk tanya. (Sedangkan) Kementerian Kesihatan sudah terbitkan penafian tetapi mereka langsung tidak ambil apa-apa tindakan.

“Saya sangat tidak berpuas hati tentang beberapa perkara termasuklah isu TikTok Shop, iklan dan juga penularan berita palsu. Jadi kita teliti perkara ini dan insya-Allah, kita akan panggil pihak TikTok tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia dalam mengharamkan transaksi e-dagang di TikTok Shop sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurut beliau, pihak TikTok perlu tampil untuk beri penjelasan kerana salah satu aduan atau asas kepada TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia.

“Maklumat peribadi rakyat yang berbelanja melalui platform tersebut yang kita tidak tahu pergi ke mana maklumat itu (disalurkan).

“Jadi saya rasa, semua media sosial meneliti perilaku apa yang kita suka, kongsi dan tonton. Jadi ada beberapa isu di situ yang saya lihat wajar Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) teliti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan