26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

AC Gas tampilkan bakat baharu dalam konsert SuriaVolusi

Mesti Baca

PENAJA konsert SuriaVolusi, AC Gas mengambil pendekatan dengan mengetengahkan bakat baharu sempena konsert berkenaan yang akan berlangsung Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, mereka mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan dan permintaan itu disuarakan kepada stesen radio Suria FM.

“Kami faham susah payahnya bagi orang baharu memulakan langkah sebelum berjaya. Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulakan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan.

“Itu antara faktor utama kenapa kami memilih bakat baharu untuk beraksi dalam konsert yang dianjurkan ini,” katanya pada sidang media sempena konsert SuriaVolusi anjuran Suria FM, baru-baru ini.

Nik Mohd Fareez berkata, pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu di samping bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu, Kelantan.

Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah.

“Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami namun selepas diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.

“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata, pihaknya menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama.

Katanya, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali.

Advertisements

“Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.

“Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior,” katanya.

SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya dan di KB Mall, Kota Bharu Kelantan.

Antara barisan artis popular  yang terbabit ialah Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.

Manakala barisan bakat baharu yang turut menjadi pilihan ialah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir.

Dalam pada itu, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana impak positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM.

Beliau mengakui, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya AC Gas dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan.

“Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami.

“Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM bagi tahun 2024 yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.

Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia adalah lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas ketika mula menapak. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan