29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

AC Gas kongsi rezeki termasuk dengan tabung Gaza

Mesti Baca

KERJASAMA yang terjalin antara Astana City Group Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar LPG dengan jenama AC Gas dengan stesen Suria FM sejak tiga tahun lalu memberikan impak positif termasuk membawa satu acara besar ke Kota Bharu, Kelantan iaitu Konsert Suria Volusi hujung bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi pilihan kerana ia begitu dekat dengan AC Gas yang mula menapak di negeri itu pada tahun 2016, sekaligus menghargai warga tempatan.

“Kami dan Suria FM sudah  menjalinkan kerjasama sejak tiga tahun lalu dan memberikan kesan sangat baik.

“Oleh itu, untuk edisi konsert lalu saya mahu ia dibawa ke Kota Bharu dan Alhamdulillah dapat dilaksanakan.

“Ia ibarat sirih pulang ke ganggang. Pihak syarikat sangat berterima kasih atas kerjasama dan kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan dan negeri serta mengikut segala garis pematuhan syariah yang telah ditetapkan,” katanya.

Nik Mohd Fareez berkata, lebih menarik lagi, AC Gas turut berkongsi rezeki dengan masyarakat termasuk menyalurkan bantuan kepada badan yang berkaitan.

Advertisements

Katanya, AC Gas juga tidak ketinggalan dalam misi membantu rakyat Gaza yang kini sedang bergolak di dalam peperangan antara Palestin dan Israel, menerusi sumbangan yang diberikan kepada Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia dan Yayasan Nurjiwa.

Sumbangan turut disalurkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhufa’ Darul Mizan serta Masjid Al-Ridhuan di Lorong Kubur Tok Kenali.

“Berapa nilai sumbangan biarlah kami saja yang tahu yang penting kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya lagi, AC Gas kini mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan.

Selain Kota Bahru, konsert yang sama turut diadakan di Damansara di mana AC Gas berkongsi rezeki dengan pengunjung membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai di kedua-dua lokasi berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan